LOVE

153 Просмотры
Издатель
Hari air mata. Tak boleh tahan air mata masuk kawasan chinese. Semua macam atuk nenek saya. Saya cina. Sebak bila ada ramai auntie menangis bila bagi duit belanja dan barang dapur. Mereka siap doakan dan beri ucapan yang buat saya sebak. Maafkan saya pakcik makcik semua baru hari ini saya datang ke sini. Sedih rasa.

Tak sangka ramai yang saya jumpa kali ini semuanya tinggal seorang diri. Rumah pun teruk. Tak sangka sekitar kl ada rumah begini dan ada yang rumahnya tiada air. Pakai perigi lagi. Ada ramai uncle auntie cuma ada basikal. Sayunya hati. Ramai lagi saya akan pergi. Walau cuma dapat bawa sedikit kegembiraan pada mereka. Ada yang kejar saya bawa ic. Sedih. Pakcik makcik tak payah bagi saya ic. Semua boleh.

Tapi bersih jer semua rumah. Sayu rasa. Siap ada yang tiba-tiba ada yang tunduk sangat macam orang jepun. Cakap terima kaseh. Ulang kali mereka angguk-angguk terima kaseh. Saya ada janji beberapa orang untuk bantu rumah dan lain-lain. Terasa macam ziarah keluarga sendiri. Ada yang minta saya tolong cari anak-anaknya.

Ada kerja toreh getah tapi dah tua tak sihat nak buat semua tu. Ada makcik umur dah 90 tahun duduk seorang diri. Dalam kereta tadi menangis jer rasa sebak. Jarang saya menangis begini. Betul-betul rasa insaf dan bersyukur.

Terima kaseh ada abang Lechumanan dan Hock chinese tempatan dan Abang Azman dan kawan-kawan bersama team saya pertubuhan kasih Umat Malaysia. Terima kaseh semua sahabat team pertubuhan kasih umat Malaysia dan semua yang turut bersama dalam doa dan yang menyumbang bersama. Hanya Allah membalasnya semuanya. Kita semua sebuah keluarga. Orang-orang tua inilah asam garam dan kebaikan dalam dunia ini.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376
Категория
Драмы онлайн
Выполните вход или зарегистрируйтесь для отправки комментария.
Комментариев нет.
Яндекс.Метрика